Thursday 2 May 2013

Cinta Fantasi


Mencintaimu..
Seperti menerangi lautan indah membiru
Dibelai ombak nyaman yang membadai
Diserikan asyik terbang camar
Diindahkan karangan luat yang menawan
  
 Menyayangimu..
Seperti terapung diawangan menangkap sinar pelangi
Bergulingan atas empuk gemawan
Menangkap titis hujan yang nyaman

Merinduimu..
Seperti menyusuri taman bunga-bungaan
Berseri kuntuman indah wangi
Mengharumkan jiwa dan hati
Terbang atas lunak rumputan
Disirami embun musim dingin

Fantasia cinta ini kutulis 
Dengan hati bersulam redha
Betapa walau apapun mendatangi
Begitulah adanya ceritera cinta ini
Padamu sehingga kini



Monday 22 April 2013

Memori Duka - Sons Of Adam ( lirik )



Secara tiba-tiba aku mengingatimu
Di kamar sepi malam syahdu
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu

Terdengar lagu cinta membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat yang terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam

Bertahun dalam derita
Tanpamu aku melara
Berbekalkan saat mimpiku di perjalanan ini
Pemergian dirimu putuslah cinta yang lama
Menghentam diriku dalam memori

Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Jika tersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah






Senja yg berlabuh menggamit kenangan lalu
Memori kenangan silam

Tuesday 16 April 2013

Birthday adik bongsu


Birthday Norfaidatul Akma yg ke 25...
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dirahmati Allah selalu...
Menu untuk makan2 ayam, & kambing BBQ, laksa lemak & kek Aiskrim...
Best kalau ada majlis cmni selalu...^__^...

Wednesday 3 April 2013

I am always with you


I am always with you
And even when your far away from me
Your love is in my heart

I am always with you
You're always on my mind and in my heart
I never forget you
I always miss you
Even if I am with you

I am always longing for you my love
I always need you and nobody else
And if I'm surrounded by the whole world
I still need you, my love

I am always with you
You have my heart and my soul
My most precious love
My most precious love

And no matter if you away from me
You are close to my heart
You are life in the future and the present
                                                             And the most beautiful of fate

                                                                     
                                                                 

                                                                       just for my lover...


Monday 18 March 2013

Banjir bulan Febuari


Air sungai Semantan dah menghampiri jalan Temerloh Mentakab


Atara jalan yang dah dinaiki air


Paya Kg Chatin dinaiki air

Sunday 10 July 2011

Bersama Keluarga Di Cameron Highland

Ladang teh yang luas

Pokok yang menghijau menarik dipandang

Bunga2 yang pelbagai warna dan jenis

kaktus yang besar menarik perhatian ramai pelancung

Taman rama-rama 


 
Pelbagai spesis rama-rama yang cantik

Buah strawberri yang menjadi tumpuan dan buah tangan ketika pulang

Terdapat juga pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan

Keindahan di Cameron Highland masih segar dalam ingatan. Pengalaman bersama keluarga adalah antara kenangan yang terindah dalam hidup...

Thursday 7 July 2011

gambar keluarga

SEKELUARGA
Rumah tangga yang dibina selama 16 tahun..Suka duka dilalui barsama..

SUAMI
Sifat diri : bertanggungjawab, penyayang, tegas, baik dan sederhana dalam pelbagai perkara..
Kelemahan diri : pemarah, tidak suka menunggu..

SAYA
Sifat diri : baik, penyayang, sederhana, rajin dan x tau nak puji diri sendiri..hehehe
Kelemahan diri : kurang aktif dan malu2 kucing...hahaha
ANAK SULUNG
Sifat diri : sensitif, rajin, kreatif, mengalah dan baik
Kelemahan diri : suka marah2

ANAK KEDUA
Sifat diri : rajin, baik, suka membantu emak dan ayah
Kelemahan diri : susah nak faham arahan yg diberi

ANAK KETIGA
Sifat diri : rajin, baik, suka membantu emak dan ayah, befikiran jauh
Kelemahan diri : sensitif, cepat marah

ANAK KEEMPAT
Sifat diri : baik, rajin, suka sesuatu yang baru
Kelemahan diri : selalu merajuk, cepat menangis

ANAK BONGSU
Sifat diri : rajin, baik, berdikari, cepat belajar sesuatu, suka bergaya
Kelemahan diri : cepat menangis, dia nak apa yg orang nak

Sebuah keluarga yang terbina selama 16 tahun. Begitu cepat masa berlalu begitu cepat juga usia meningkat. Hari-hari yang dilalui bagaikan air yang mengalir terus tanpa henti. Suka duka bersama dirasai pahit manis ditempuhi juga. Begitulah lumrah hidup berumah tangga. Kenangan lalu sentiasa segar dalam ingatan abadi dihati bak hembusan angin yang berlalu...